.

.

Thursday 8 January 2015

STRAY CAT

Assalamualaikum.

Masa aku on Facebook ada satu gambar yang menarik mata aku ni sampai nyaris nak terkeluar airmata dan gambar itu adalah seperti dibawah :-



Gambar ni dipost oleh salah seorang likers di page Dunia Kucing (Original Admin)

Sejak aku join NGO Persatuan Pengkasihan Haiwan Terbiar Johor Bahru (WIRA), aku rasa hati aku semacam bila tengok kucing kucing terbiar. Perasaan nak bawa balik, nak bela nasib diorang, nak bagi makan dan macam macam nak buat untuk buat diorang selesa dengan kehidupan diorang kat dunia yang sementara ni. 

Tapi aku tahu aku tak mampu, yang aku mampu jika ada rezeki dan makan yang sememangnya aku simpan dalam kereta, makanan itulah aku bagi diorang.. berkongsi rezeki dengan diorang walaupun aku ni taklah kaya mana. 

Aku pernah join booth persatuan dalam karnival yang melibatkan kucing. Kebanyakkannya tetapi tidak semua manusia yang hadir ke karnival hanya sibuk nak melihat dan membela kucing yang berbaka. Kucing biasa pandang sebelah mata.

"Kucing kampung jer.." , "Kucing ni tak cantik" , "Kuicng ni bulu tak kembang"

Sememangnya aku terasa gak masa tu, lagi lagi kalau cakap depan kucing kucing biasa atau kucing jalanan yang aku dan persatuan buka untuk adoption masa tu. Walaupun kucing tu tak paham tetapi aku sebagai orang yang di amanah kan terasa giler giler dengan statement macam tu. 

Ini kalau kes tempat tempat pertunjukkan macam nie. Kalau kat pasar dan tempat makan, berapakah jela jumlah manusia yang sanggup berkongsi rezeki depan mata dengan kucing jalanan ni semua. Alhamdullilah pada yang memberi, tetapi tidak memberi dan disertakan dengan halauan dan sepakan macam mana ? . Ada yang beri tetapi di tambah racun. Apa dosa mahkluk Allah yang bernama kucing ini kepada manusia. Diseksa dan makin hari manusia makin kejam.

Semoga keturunan aku tidak satu dari mereka yang kejam pada haiwan ini ataupun mana mana haiwan selagi ia bergelar makhluk Allah. 

 Semoga di masa akan datang nasib kucing kucing terbiar dibela dan diambil langkah untuk mengurangkan kekejaman terhadap mereka. inssha Allah. 

Kepada manusia manusia kejam sedaarlah di mana kalian berpijak, jangan sombong dan jangan bongkak. Nasib kita akan datang tak tahu. terlepas didunia tetapi akhirat masih ada. 
Semoga hati kalian terbuka untuk menilai baik dan buruk dihadapan kalian. 

Assalamualaikum. 








Friday 17 October 2014

Rindu Bini.

Assalamualaikum.

Sebulan aku dah kerja kat company baharu ni dan sudah dua minggu aku pakai kereta.
Alhamdullilah segala urusan aku dipermudahkan.

Cuma sekarang aku rindu dengan bini aku......(kereta aku). Isnin ni barulah dapat aku jumpa bini aku balik. mana taknya, kena masuk wad, angkara orang orang sekeliling yang nak manja manja dengan kereta aku. aduhai sabar ajelah ... nak marah pon tak boleh. 

Kesian jugak dengan orang yang kena bayar kos ganti rugi kereta aku tapi nak buat macam mana, dari aku buat report lagi terukkan ? tak memasal kena gantung lesen walaupun anak dia yang kena gantung. Pengajaran disini jangan la benarkan anak anak yang berlesen L ni bawak motor/kereta sendirian. bahaya !!

Sejak bini aku tak ada ni, patah kaki aku dengan kerja yang perlukan aku ke tapak pembinaan setiap hari. menggila ku minta tolong member... rumah kalau dekat tak apa.. jauh kot~

Jdi hanya kesabaran itu menjadi teman....



RINDU BINI AKU !!


...skian..

Friday 4 July 2014

Tulisan dari hati



Kita tak mampu nak ubah masa yang dah lepas.
kalau diberi peluang memang satu keajaiban.
Tetapi apa yang kita lakukan sekarang yg menentukan hidup kita di masa hadapan.

Ada sesetengah perkara yang buat kita menyesal.

Tetapi disebalik penyesalan itu ada ruang untuk kita tebus.
Caranye berbeza tapi atas dasar tujuan yang sama.