.

.

Friday 17 October 2014

Rindu Bini.

Assalamualaikum.

Sebulan aku dah kerja kat company baharu ni dan sudah dua minggu aku pakai kereta.
Alhamdullilah segala urusan aku dipermudahkan.

Cuma sekarang aku rindu dengan bini aku......(kereta aku). Isnin ni barulah dapat aku jumpa bini aku balik. mana taknya, kena masuk wad, angkara orang orang sekeliling yang nak manja manja dengan kereta aku. aduhai sabar ajelah ... nak marah pon tak boleh. 

Kesian jugak dengan orang yang kena bayar kos ganti rugi kereta aku tapi nak buat macam mana, dari aku buat report lagi terukkan ? tak memasal kena gantung lesen walaupun anak dia yang kena gantung. Pengajaran disini jangan la benarkan anak anak yang berlesen L ni bawak motor/kereta sendirian. bahaya !!

Sejak bini aku tak ada ni, patah kaki aku dengan kerja yang perlukan aku ke tapak pembinaan setiap hari. menggila ku minta tolong member... rumah kalau dekat tak apa.. jauh kot~

Jdi hanya kesabaran itu menjadi teman....



RINDU BINI AKU !!


...skian..